Pendaftaran Minat

Rakan Penghantar (Delivery Partner)

Wasle Reliable Delivery

Terima kasih diatas minat anda menjadi rakan kami, kami mengalu-alukan sokongan anda terhadap kami untuk kita membangun bersama.

Aplikasi telefon masih belum diterbitkan ke dalam play store. Wasle dijangka akan beroperasi bermula November, 2026. Setiap individu yang mendaftar akan dihubungi selewat-lewatnya pada hujung Oktober, 2026.

Bagi 50 rakan penghantar yang awal akan menikmati manfaat & keutamaan yang lebih berbanding rakan penghantar yang mendaftar selepas itu. Cas penghantaran, komisyen platform dan peraturan-peraturan sebagai rakan penghantar boleh diakses terlebih dahulu [di sini].

Jemput rakan & kenalan anda untuk menjadi rakan penghantar bersama kami. Terima Kasih.

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Rakyat Malaysia berumur 18 tahun - 65 tahun
  • Mahir menggunakan Waze & Google Maps
  • Tidak terlibat dengan sebarang penyalah gunaan dadah & jenayah
  • Mempunyai kenderaan yang sesuai
  • Lesen memandu yang sah
  • Kelainan upaya boleh memohon

Nota:

Tiada dokumen yang perlu dilampirkan di halaman ini.

Tiada pembayaran diperlukan untuk menjadi rakan penghantar.